Penubuhan IMAM Australia (kemaskini)
*Gambar sekitar usaha MERCY di Acheh di hujung tulisan ini.
1. IMAM, sunaton dan kemanusiaan.
Beberapa minggu yang lalu, di Sydney, saya berkesempatan bertemu Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed. Prof Latiff merupakan seorang pakar jantung, dekan latihan dan kajian klinikal Universiti Perubatan Cyberjaya dan presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau IMAM (Islamic Medical Association of Malaysia). Sehingga kini, di bawah IMAM, ramai pelajar perubatan yang menuntut di dalam dan luar negara telah berpeluang untuk aktif dalam program-program kemasyarakatan. Antara lain:
- 1. Sunaton – sunat secara besar-besaran. Pelajar diberi pendedahan mengenai prosedur khatan di Universiti Perubatan Cyberjaya. Siri jelajah ke perkampungan-perkampungan terpencil menyusuli tutorial berkenaan. Di perkampungan yang berkenaan, pelajar dan doktor-doktor yang terlibat akan menyunat sesiapa yang layak dan mahu bersunat. Beberapa siri sebelum ini, antara lain melibatkan perkampungan nelayan di mana pelajar dan doktor yang terlibat dijamu penduduk kampong dengan tangkapan laut segar. Program ini juga melibatkan negara-negara seperti Kemboja.
- 2. Khidmat kesihatan – antara lain pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan seumpamanya.
- 3. Sukarelawan IMAM juga terlibat dengan program-program kemanusiaan di lokasi tragedi seperti di Acheh.
*Rencana sekitar program sunat di Kemboja oleh Sdr Ashraf Latif: Denai-denai Kemboja.
2. IMAM Australia Student Chapter (terdahulu IHYAA)
Beberapa pelajar perubatan yang menuntut di Australia menyuarakan hasrat untuk aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Untuk tujuan itu, usaha menubuhkan IMAM Australia Student Chapter dianggap perlu. Memandangkan cuti musim panas Australia dan New Zealand hampir sama (sekitar November hingga Februari), program akan melibatkan pelajar-pelajar dua buah negara Australasia ini (masih dalam perbicangan). Walau pun IMAM merupakan singkatan kepada Islamic Medical Association Malaysia, program kemasyarakatan ini juga terbuka kepada pelajar-pelajar jurusan lain yang mempunyai masa luang sekitar bulan November-Februari sewaktu aktiviti dijalankan.
Prof Latiff dan beberapa orang doktor di bawah IMAM bersetuju untuk memberi latihan dan bimbingan dalam usaha mengerakkan program kemasyarakatan ini. Program perintis akan dimulakan seawal hujung tahun ini (Disember 2008/Januari 2009) jika cukup keahlian. Oleh itu, bantuan anda diperlukan! (Termasuk menyebarluaskan risalah ini).
Untuk memperluaskan peluang kepada sesiapa yang berminat, saya menjemput sesiapa sahaja yang menuntut di dalam atau luar negara tanpa mengira kursus pengajian untuk turut sama dalam usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik ini. Berminat atau sebarang pertanyaan panjangkan ke: hafeziftiqar@gmail.com.
Berikut gambar sekitar usaha-usaha kemanusiaan di Acheh yang saya perolehi dari Prof Latiff buat menyemarakkan minat kalian.
7 Comments:
salam,
Pelajar diMalaysia boleh?
Hehehe.
bdw, congratulation for the formation of IHYAA. Maybe I can post sth on my blog for ppl out there? Itu lah saja yang termampu kowt.
:)
Didoakan semoga anda berjaya mengejar cita2 . Gambar2 Aceh masih menyayatkan.
Assalamualaikum brother hafiz..
Tahniah atas langkah awal yang baik dalam merintis usaha memupuk dan menyebar-luaskan 'jiwa Umar Abdul Aziz' kepada pemuda-pemudi kita di Australasia..semoga mampu menegakkan nilai2 al-birr, at-taqwa dan at-ta'awun dengan semua yang mempunyai semangat dan kefahaman untuk mentarbiyah dan mengislah ummah..fastabiqul khairaat..
'wallazeena jaahadu feena lanahdiyannahum subulana wa innallaha la ma'al muhsineen' Al-Ankabut 69
salam bro.
menarik juga join expedisi mcm ni. tp malangnya aku bukan doktor huhu. tapi sume pun ade sumbangan masing2 and problem yang mesti diselesaikan.
walau cara yg berbeza tp dengan matlamat yang sama, insyaAllah people will benefit from us. keep up the good work.
p/s: bile hang balik msia? ke dh ade kat msia.
bagaimana mahu menyertainya?
moja,
ya bisa saja, dari mana pun bisa - the more the merrier =) Silakan untuk disebarkan. Masih belum ditubuhkan, mungkin akan menggunakan nama IMAM Australia NZ, tapi masih, pelajar bukan jurusan perubatan turut dialu-alukan terlibat. Terima kasih atas sokongan. =)
Terima kasih Tuan Nginap Srengenge. Semoga terus bahagia di samping isteri, anak-anak dan cucu-cucu. =)
Sahabatku,
InsyaAllah... Semoga kita semua dalam golongan muhsinin...
Oteque,
Indeed. Selalu yang menyatukan kita adalah matlamat. InsyaAllah Disember nanti di Malaysia. Ada peluang ka nak jumpa? Anyway, aku contact nanti iA...
Anonymous,
Cuma hantar email kepada saya: hafeziftiqar@gmail.com. Tak perlu melalui apa2 pendaftaran lagi, saya akan maklumkan aktiviti-aktiviti yg akan datang menerusi email.
salam alaik..
salam ziarah..
dan
salam perjuangan..
mungkin diri ini maish belum berpeluang utk ke sana..
doakan suatu hari sy sampai ke sana jua... =)
Post a Comment
<< Home