Saturday, May 03, 2008

Ketenangan

DSC03325 - Photo Hosted at Buzznet


Rasulullah memegang bahu Ibnu Umar (ra), lalu bersabda, "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara, jika kamu berada pada waktu petang, jangan tunggu sampai tiba pagi, jika kamu berada pada waktu pagi jangan tunggu sampai tiba petang ..." Hadith ini terhimpun dalam pilihan 40 Imam Nawawi. An- Nawawi sendiri cerminan kepada hadith ini. Umur beliau pendek - 44 tahun, tetapi kesungguhan beliau menuntut ilmu dan kerja-kerja akademik beliau melampaui kebanyakan orang yang berusia lebih 44 tahun.

Dr. Aidh Al-Qarni, mengambil hadith ini menasihati - hidup dalam batasan waktu ini. Lupakan apa yang lepas dan tinggalkan berfikir kemungkinan-kemungkinan yang akan datang. Seperti yang selalu saya nasihati teman saya, kebimbangan adalah kebarangkalian yang mungkin jadi dan mungkin tidak. Dan di akhir hari, yang kita harapkan adalah ketenangan...

Mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang.

5 Comments:

Blogger ibnu_umar said...

salam..

wah, akhi.. dah boleh komen di sini? best best!

:)

6:36 PM  
Blogger Hafez Iftiqar said...

Ibnu Umar... Selepas kerajaan lebih terbuka =p Dan selepas PM, MB dan bekas MB dan YB ada blog...=p senoga hidup dipermudahkan Tuhan akhi, insyaAllah =)

1:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

slm prkenalan akhi hafez..
dh hbs exam?? biLe bLk jmpe uSrah kt gRik??

5:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

sy kwN adk abg hafeZ.
moga sihat waLafiat d sana=)

5:21 PM  
Blogger Hafez Iftiqar said...

Anonymous 1: Salam. Exam tak mungkin habis. Semoga kita semua tabah dengan exam ;). InsyaAllah ada kesempatan kita bertemu lagi dlm usrah di Grik atau di mana-mana.

Huda Syafina: Semoga kalian terus bersahabat. Alhamdulillah saya baik-baik walau pun kadang-kadang saya terhimpit dengan masalah-masalah hidup ;)

3:58 PM  

Post a Comment

<< Home