Tentang Keith, Jane, Rudd, Howard, demokrasi, samak dan mamak bendahara (2).
Keith dan Jane jiran baru kami. Malam itu, saya sibuk menelaah pelajaran waktu pintu rumah diketuk bertubi-tubi. Dia memperkenalkan dirinya, Keith katanya. Waktu itu dia kelihatan resah, masakan tidak, rumahnya dipecah masuk pencuri. Selang beberapa hari, waktu saya tiba di rumah dari hospital, Jane memperkenalkan diri dan menjemput saya ke rumah, ada sesuatu yang mahu diberikannya. Daging kambing lebih daripada 2 kilo, sayang, saya tak dapat memanfaatkannya.
Keith waktu itu masih belum mampu mengingati nama saya. Lagi pula, pasangan itu sudah berumur sekitar 80-an. Dia bertanyakan nama saya buat sekian kalinya, Hafez, kata saya. Mudah, katanya. Half and piece. Dia yakin yang kali ini dia mampu mengingati nama saya.
Dia mengajak saya untuk nantinya meluangkan masa minum-minum dengannya. Minum dalam konteks dia bererti alkohol. “Saya tak minum,” kata saya. “Are you religious?” soalnya. ‘Religious’ dalam konteks mereka pun berbeza. Ada yang menganggap seorang yang berpuasa sebulan penuh walau pun seumur hidup tak pernah bersolat sebagai ‘religious’. Ada yang menganggap cerewet tentang makanan halal atau haram sebagai ‘religious’ walau pun tak pernah berpuasa atau bersolat seumur hidup. Kalau begitu neracanya, saya adalah ekstremis! “I don’t take alcohol,” beritahu saya. Terus, dia mengajak minum-minum teh di rumahnya suatu hari nanti. Saya bersetuju.
Saling mengenali adalah rahmat Tuhan. Malang, manusia hari ini lebih suka permusuhan daripada perdamaian. Saya kagum dengan kesungguhan manusia bermusuh. Kadang-kadang, bermusuhan itu datang lebih dahulu daripada saling mengenali. Saya pasti, permusuhan bukan rahmat Tuhan di dunia, barangkali, itu azab dunia…

*Gambar: Rumah di Frankston
0 Comments:
Post a Comment
<< Home