Tentang Keith, Jane, Rudd, Howard, demokrasi, samak dan mamak bendahara (1).
Saya telah beberapa kali membiarkan anjing menjilat kaki dan pakaian saya. Setiap kali itu juga, saya terpaksa menyamak bahagian yang dijilati tersebut. Bukan kerana saya suka anjing, saya terpaksa dan enggan berkasar dengan makhluk Tuhan tersebut. Saya masih ingat, seorang Kaukasia yang berkecil hati waktu kami menghalau anjing kesayangannya. Anjing itu adalah anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh. Di Australia ini begitulah, anjing dianggap satu daripada ahli keluarga. Dan tak dinafikan, kebiasaannya saya akan mengelak daripada terpaksa melayan kerenah anjing.
Saya, semasa bulan-bulan awal di Australia, sangat tegas dalam soal samak menyamak. Kamu boleh kata, tegas tak kena tempat. Kemana sahaja saya pergi, tak kira bersih apatah lagi kotor, alat-alat masak, pinggan mangkuk mesti melalui proses ‘penyahbabian,’ istilah kami untuk samak. Kemudian, daripada kelas-kelas fiqh yang saya hadiri, saya mengetahui, tak perlu alatan-alatan itu disamak kecuali jelas ada kesan kotoran. Pokoknya, kalau tak punya kesan kotoran, kalau kamu suka; bau, rasa, warna, tak usah susah-susah menjalankan proses penyahbabian. Saya masih ingat reaksi orang putih yang ternganga melihat kami membilas puluhan pinggan mangkuk dengan air tanah. Islam sangat praktikal. Malang, selalunya praktikaliti itu tersembunyi di balik kejahilan kita. Begitulah...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home