Thursday, April 03, 2008

Biar Aku Jadi Orang Palestin

Agak lama saya menunggu kelahiran antologi ini. Alhamdulillah, penantian berakhir... Semoga JIM khususnya dan umum terus bersemangat memperjuangkan keadilan untuk semua, insyaAllah.


buku+palestin - Photo Hosted at Buzznet

Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya buku antologi Palestin ini dapat juga disiapkan. Beberapa perkara melambatkan sedikit penerbitan buku ini.


Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua penulis yang menyumbang karya untuk antologi ini. Dan tidak dilupakan juga penulis-penulis dari website esastera.com yang turut memberi sokongan.


Karya-karya anda memang baik dan mengesankan!


Tidak lupa juga kepada pihak editorial, Bro Wan Am, dan pihak JIMedia yang memberikan sumbangan tenaga dan kewangan. Semoga usaha saudara semua beroleh keberkatan.


Harapan saya dengan terbitnya buku ini, kesedaran tentang isu Palestin kembali berputik dan dapat memberikan impak yang besar kepada pembacanya. Perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada pendudukan Israel perlu ditangani dengan apa jua cara sekalipun.


Biarpun kita tidak dapat membantu mereka(rakyat Palestin) di sana, namun moga pendekatan seumpama ini setidak-tidaknya dapat menyumbangkan sesuatu kepada mereka.


“Saya yakin kehadiran buku ini di kalangan rakyat Malaysia mampu menyampaikan mesej perjuangan Palestin kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan belia. Saya juga percaya usaha murni para penulis kreatif sehingga terbitnya antologi cerpen ini akan mendorong kalangan sasterawan dan lingkungan penulis literary circle untuk mula meneroka penulisan kreatif demi mendukung perjuangan rakyat Palestin.” –Dr Hadfizi-


Senarai cerpen dan penulis:


1. Mujahid Kecil – Khairunnasriah
2. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin – Huda Soid
3. Hujan Mengguyur di Al-Quds – Fahd Razy
4. Warkah Kala Hari-hari Berdarah – Ghafirah Idris
5. Skizofrenia – Noor Azree
6. Rebah di Pangku Wahyu – Dini Syarif
7. Izrail Sibuk di Gaza – Hafeziftiqar
8. Untukmu Palestin – Nuaym Budiman
9. Senja di Jabaliya – Mohd Khairul Adha Mohd Jamil
10. Imma Sa’adah Wa Imma Syahadah – Wan Yusra Hananah
11. Wanita Anak Palestin – Ilhami
12. Espirit De Corps – Nimoiz TY
13.Beza Dua Wajah – Safiyah
14. Mawar Itu – Ummu Afeera Zainulabid
15. Setulus Cintamu Mujahid – Umi Khaltum Abdullah


Untuk Tempahan


Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah emelkan kepada saya di azree.mh@gmail.com.
Harga asal – RM15.
Harga promosi – RM12.
Kos penghantaran perlu ditambah RM3.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home