Saturday, July 26, 2008

Penubuhan IMAM Australia (kemaskini)

*Gambar sekitar usaha MERCY di Acheh di hujung tulisan ini.

1. IMAM, sunaton dan kemanusiaan.

Beberapa minggu yang lalu, di Sydney, saya berkesempatan bertemu Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed. Prof Latiff merupakan seorang pakar jantung, dekan latihan dan kajian klinikal Universiti Perubatan Cyberjaya dan presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau IMAM (Islamic Medical Association of Malaysia). Sehingga kini, di bawah IMAM, ramai pelajar perubatan yang menuntut di dalam dan luar negara telah berpeluang untuk aktif dalam program-program kemasyarakatan. Antara lain:

  • 1. Sunaton – sunat secara besar-besaran. Pelajar diberi pendedahan mengenai prosedur khatan di Universiti Perubatan Cyberjaya. Siri jelajah ke perkampungan-perkampungan terpencil menyusuli tutorial berkenaan. Di perkampungan yang berkenaan, pelajar dan doktor-doktor yang terlibat akan menyunat sesiapa yang layak dan mahu bersunat. Beberapa siri sebelum ini, antara lain melibatkan perkampungan nelayan di mana pelajar dan doktor yang terlibat dijamu penduduk kampong dengan tangkapan laut segar. Program ini juga melibatkan negara-negara seperti Kemboja.
  • 2. Khidmat kesihatan – antara lain pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan seumpamanya.
  • 3. Sukarelawan IMAM juga terlibat dengan program-program kemanusiaan di lokasi tragedi seperti di Acheh.

*Rencana sekitar program sunat di Kemboja oleh Sdr Ashraf Latif: Denai-denai Kemboja.

2. IMAM Australia Student Chapter (terdahulu IHYAA)

Beberapa pelajar perubatan yang menuntut di Australia menyuarakan hasrat untuk aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Untuk tujuan itu, usaha menubuhkan IMAM Australia Student Chapter dianggap perlu. Memandangkan cuti musim panas Australia dan New Zealand hampir sama (sekitar November hingga Februari), program akan melibatkan pelajar-pelajar dua buah negara Australasia ini (masih dalam perbicangan). Walau pun IMAM merupakan singkatan kepada Islamic Medical Association Malaysia, program kemasyarakatan ini juga terbuka kepada pelajar-pelajar jurusan lain yang mempunyai masa luang sekitar bulan November-Februari sewaktu aktiviti dijalankan.

Prof Latiff dan beberapa orang doktor di bawah IMAM bersetuju untuk memberi latihan dan bimbingan dalam usaha mengerakkan program kemasyarakatan ini. Program perintis akan dimulakan seawal hujung tahun ini (Disember 2008/Januari 2009) jika cukup keahlian. Oleh itu, bantuan anda diperlukan! (Termasuk menyebarluaskan risalah ini).

Untuk memperluaskan peluang kepada sesiapa yang berminat, saya menjemput sesiapa sahaja yang menuntut di dalam atau luar negara tanpa mengira kursus pengajian untuk turut sama dalam usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik ini. Berminat atau sebarang pertanyaan panjangkan ke: hafeziftiqar@gmail.com.

Berikut gambar sekitar usaha-usaha kemanusiaan di Acheh yang saya perolehi dari Prof Latiff buat menyemarakkan minat kalian.

Picture7 - Photo Hosted at Buzznet

Picture8 - Photo Hosted at Buzznet

Picture2 - Photo Hosted at Buzznet

Picture1 - Photo Hosted at Buzznet

Picture6 - Photo Hosted at Buzznet

Picture3 - Photo Hosted at Buzznet

Picture4 - Photo Hosted at Buzznet

Picture5 - Photo Hosted at Buzznet

Picture9 - Photo Hosted at Buzznet

Picture10 - Photo Hosted at Buzznet

Picture11 - Photo Hosted at Buzznet

Picture12 - Photo Hosted at Buzznet

Picture13 - Photo Hosted at Buzznet

Picture14 - Photo Hosted at Buzznet

Picture15 - Photo Hosted at Buzznet

Picture16 - Photo Hosted at Buzznet

Buku - buku Terkini GKLN

Berikut merupakan buku-buku terbaru karya penulis GKLN (Grup Karyawan Luar Negara). Maklumat lanjut dan cara pembelian di laman ini: gklnpublishing house.

mengemiscopycover - Photo Hosted at Buzznet

COVER - Photo Hosted at Buzznet

bahasabumi cover - Photo Hosted at Buzznet

Sunday, July 20, 2008

Hidup

DSC06919 - Photo Hosted at Buzznet

Di dalam Musnad Imam Ahmad ada disebutkan: Allah tidak menetapkan qadha’ bagi seorang hambaNya, kecuali qadha’ itu baik baginya. Kelemahan manusia, setiap kali berhadapan dengan peristiwa mengecewakan, terasa seolah-olah itu sebuah kegagalan yang berat. Hidup terasa sempit. Kecewa. Malu. Yang sering kita lupa, sering kali kesulitan itu membawa kepada jalan yang lebih luas dan lapang.

Dalam cabang psikiatri, atau sakit jiwa, antara soalan yang wajib ditanya kepada pesakit ialah: Apakah hidup terasa sangat tidak berguna sehingga menyebabkan anda terfikir untuk membunuh diri? Pentingnya soalan ini, jika berhadapan dengan pesakit yang menghadapi tekanan hidup, tidak menanyakan soalan ini menyebabkan pemeriksa menggagalkan anda. Itu dalam perubatan barat.

‘Kegagalan’ bukan bererti gagal untuk seorang Muslim. Segala qadha’ itu semestinya baik untuk seorang Muslim. Kata Allah, “...dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami gilirkan antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)... (Ali-Imran: 140).

Waktu itu sangat gawat. Perjalanan dari Mekah ke Madinah sangat mencabar. Diburu musyrikin Mekah, seolah-olah segala usaha Rasulullah dan para sahabat akan berakhir. Berlindung di dalam Gua Thur, Rasulullah memujuk Abu Bakar, “...janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita...(At-Taubah, 40)”