Thursday, October 08, 2009

Di Perut Nun



Determination 2009/40: Refusal to issue a code compliance certificate for 9-year-old building with timber weatherboard cladding

Pada dinding putih, ada waktu yang tergantung

berlari, tak pernah jeda walau untuk berpesan,

demi aku, manusia dalam kerugian.

Di luar, ada rintik yang menyapa gersang tanah,

aku termangu, Mikail masih di situkah?

Anugerah untukku?

atau aku mesti terus menunggu

setelah doa-doaku tercicir

tiris dari bakul ibadah yang rompong.

Entah berapa lama, kali terakhir kumembilang titis hujan

dan mengutip butir jernih, buat dihimpun menjadi sekolam wudhu.

Pun, sekolam itu, aku masih sangsi,pergikah segala dosa semusim leka

seperti daun gugur meluhurkan sunah Allah?

Seorang umat, yang bersinar dan dikenali, akukah?

Atau gelap ini abadi? Gelisah ini membawa aku ke perut Nun

Dari situ, ada rintih Yunus yang kembali,

Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau,

Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.

Gelap ini; Yunus, aku dan sesiapa, tak punya siapa kecuali Tuhan.

Balam-balam malam ini, aku sendirian

kehilangan kasih-Mu. Tuhan, di hadapan pintu-Mu

aku berdiri.


Hafez Iftiqar,

15, Kings Court, Oakleigh East, VIC, Australia.


8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

begitu mendalam dan terkesan. mengingatkan daku pada kisah yunus yang merintih di dalam perut ikan. semoga dipermudahkan segala urusan. Allah yubarik fik..

11:43 AM  
Blogger NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Assalamualaikom anakanda,

Subhanalah.....tiada sesapa yang dapat memberi pertolongan,kecuali DIA.

Pohon restu dari yang Maha Agong.

Wassalam.Selamat berjaya.

12:14 AM  
Anonymous shahrulnizam said...

Salam Hafiz,

indah sekali tulisan kamu. Allah menganugerahkan bakat yang cukup besar buat kamu.

kalau diizin Tuhan, aku mahu sekali belajar daripadamu.

4:52 PM  
Anonymous Iman said...

Terima Kasih saudara Hafez..
Indah sungguh sajak cinta buat Illahi..

Balam-balam malam ini, aku sendirian kehilangan kasih-Mu. Tuhan, di hadapan pintu-Mu aku berdiri.

Wassalam.

9:05 PM  
Blogger CahayaSirius said...

Salam, semoga dosa-dosa lalu gugur seperti gugurnya daun dari pohon diri...sudah di Australiakah? Selamat menempuh tahun akhir...

4:00 AM  
Anonymous fiezanur said...

ikhlas dan tulus-ur poem, indeed...

9:42 PM  
Blogger Hafez Iftiqar said...

Anonymous: Sajak ini gabungan beberapa kisah Al-Al Quran dan Hadith. Penghayatan yg baik =)

Bapak, lama tak ketemu. Harap sihat walafiat dan diberi kekuatan utk sentiasa melaksanakan ketaatan pd Allah =)

Shahrulnizam, puisi ialah keupayaan menyusun kata-kata biasa supaya boleh sentuh hati manusia. Jd, menghasilkan puisi pun perlu ikhlas untuk Tuhan supaya puisi yg terhasil tulus.

Iman, qiamullail cara terbaik mendekatkan diri dengan Tuhan dan memohon keampunan Dia.

Fatin, masih di Malaysia, ada banyak lagi urusan tertangguh. Harap sihat dan gigih berusaha di bumi anbiya'

Fieza, lama tak kelihatan. Semoga berjaya dlm bidang perubatan, sastera etc dengan jayanya...

12:02 AM  
Blogger Balqis said...

salam saudara.

saya suka sajak ini.
izin saya ambil dan letak di blog, ya. terima kasih.

10:28 AM  

Post a Comment

<< Home