Monday, February 16, 2009

Sisi Lain

 - Photo Hosted at Buzznet




Waktu kecil, sering saya diingatkan malam ialah waktu keluarnya hantu-hantu lalu saya harus diam di dalam rumah. Meningkat remaja, saya menanggapi malam sebagai suatu keindahan – bintang, bulan, cengkerik, ketenangan.

Di waktu tertentu dalam hidup saya, saya menemukan ungkapan lihat gelas separuh penuh bukan separuh kosong, lagi, apabila malam semakin pekat, bererti siang semakin akrab.

Seperti menafikan malam dengan hantu, menyamakan kesusahan dengan rahmat lebih susah tapi suatu kemestian untuk lebih kuat mendepani esok. Mengingati nasihat Tuhan, ‘...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia baik buat kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk buat kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’ (Al-Baqarah, 216)

14 Comments:

Blogger NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

anakanda,

lama anakanda menyunyikan diri.
tentu sebok belajar.
lagi berapa semester ?
selamat berjaya.

1:12 AM  
Blogger idia_idawsa said...

insya Allah bro... insya Allah

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." Al-insyirah, 5&6

Dah selesai blum kelecehan hidup? :) all the best

9:09 AM  
Blogger Moja Amin said...

Alhamdulillah.

lama xupdate nih.
berhabuk dah!

8:21 PM  
Blogger Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin said...

Entah kenapa terasa seperti ada persamaan entri kali ini? padahal ana barusan menjengah ke sini selepas ana usai menulis entri terkini di blog sendiri....Allahu a'laam...yang pasti, ada mutiara hikmah yang bisa digali dari sini....inshaAllah.

P/S: Tak pasti kalau offline msg ana kelmarin lewat YM diterima....ditunggu khabarnya dari sana, inshaAllah...Rabbuna yusahhil...Amin

~Yang hampir lelah dan capek di Qld~

12:49 AM  
Blogger CahayaSirius said...

Insya Allah, setiap kesusahan dan ujian itu umpama lelah ketika berlari, apbl sampai destinasi ketika itulah rahmat berlaksa-laksa datang pd kita.


59 Al Ankabut
orang2 yang sabar dan bertawakal kepada Tuhannya.

fatinazmin

4:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

mohon di-update sekali sekala,kerana ada yang telah mendapat kekuatan dari penulisan saudara. =)

1:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam akh. Lama tak dgr khaba.dulu aku nak men email2 ngan kau, tak jadi2.skrg dah terjumpa blog kau.ui bagus2

1:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam.

saudara sibukkah? moga Allah permudahkan perjalanan hidup saudara. saya ternanti-nanti artikel yang bakal saudara tuliskan di ruangan maya ini. mohon di update ya. jazakallahu khair..

1:59 PM  
Anonymous nur faqihah said...

Salam,

menarik pengisian blog sdr.
sy kira ini thn akhir sdr dlm bidang perubatan...
slm imtihaan...
dan slmt kembali utk truskan legasi Dr Latiff dalam membina Islamic Hospital...

7:41 AM  
Anonymous dahiyah_alkalbi said...

salam alaik..
saya juga rasa begitu..
mengapa byk ya yang enggak kusenangi berlaku dalam masa yg lama dlm hidupku..
cuma,insyaAllah ia yg terbaik buatku..
aku juga ingin berpegang kpd kalimah itu..
moga dipermudahkan kita menjalani ujian dariNya..amin..

3:44 AM  
Blogger nur khadijah said...

lama tak menjenguk di sini. nice entry.

5:44 AM  
Blogger CahayaSirius said...

salam, write sumthing doc, ke dah kena 'writer's block'?

3:35 AM  
Blogger Hafez Iftiqar said...

Ayahanda, sibuk terlampau. Mohon didoakan anak-anak di rantauan =)

Aidi, leceh lies in the eyes of the beholders. Hari-hari leceh kalau nak tengok semua benda leceh. Haish... All the best bro utk final...

Moja, biasalaa, sibuk dengan penyakit...

Yus, selamat berjaya dan semoga gembira bermain-main dgn mikroorganisma di Queensland...

Fatin, terima kasih atas tazkirah =) Semoga cemerlang di bumi anbiya'.

Anonymous, terima kasih. Alhamdulillah, semoga terus mendapat kekuatan. =)

Budiman, ada rezeki jumpa lagi di Malaysia. KLCC?

Anonymous, sangat! Masa tak sudi bersahabat dengan saya. Terima kasih membaca tulisan-tulisan saya. =)

Nur Faqihah, terima kasih. Saya akan bertemu Dr Latiff separuh kedua tahun ini. Dalam bidang perubatan jugak?

Dahiyah-alkalbi, dalam kedua-kedua kesusahan dan kesenangan ada kebaikan yang kadang2 kita tak nampak =)

Adi, thanks for dropping by :) Semoga terus tabah di Southampton, inshaAllah.

Fatin, cabaran disahut. Heh ;)

5:33 PM  
Blogger ザ-sylver- S said...

gamba cun..

4:13 PM  

Post a Comment

<< Home