Saturday, March 06, 2010

Menulis Sejarah


Tulis Gie, “Apa lebih puitis selain bicara tentang kebenaran.” Kehidupan Gie yang sederhana itu, kerana sering dicatat oleh beliau telah jadi suatu khazanah yang akhirnya difilemkan. Kisahnya ringkas, tentang mahasiswa yang sensitif dengan persekitaran yang sering mempersoalkan apa peranan yang harus dimainkan beliau supaya boleh menyumbang kepada arah tuju sebuah bangsa. Gie yang kecil akhirnya punya impak yang berkesan kerana kerajinannya menulis, menulis dan menulis tentang apa yang dirasakan benar menurut tanggapan beliau.

Gie taksub dengan kegilaan mendaki gunung. Gie maut terhidu gas beracun sewaktu mendaki gunung berapi Semeru tetapi catatan-catatan peribadi Gie tak pernah menemui ajal.

Barangkali di langit, Gie telah menemui kebenaran yang sering dicari beliau. Tulis Gie, ‘Kebenaran hanya ada di langit dan dunia hanyalah palsu.’

6 Comments:

Blogger NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

Benar.Hidup kita sendiri setiap detik menjadi sejarah.

Berapa lama lagikah pengajian anaknda ? Selalu ayah doakan kejayaan.

Wassalam.

7:02 PM  
Blogger Fatin Nazmin Mansor said...

Salam. Saya pernah menonton Gie yang sarat dengan falsafah perjuangan. Filem2 indonesia memang terkedepan, ada pemikiran dan tersendiri. Apa pun teruslah menulis dan semoga hari-hari mendatang lebih baik.

12:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

yup, teruskan menulis!

5:57 PM  
Blogger Hafez Iftiqar said...

Bapak, InsyaAllah lebih kurang 9 bulan lagi akan tamat... Mudah-mudahan tak ada aral, insyaAllah...

Fatin,setuju. Saya masih menunggu filem Sang Murabbi. selama ni kenal Ustaz Rahmat Abdullah menerusi cerita-cerita kesungguhan beliau je..

Anonymous, insyaAllah :)

8:09 PM  
Blogger Fatin Nazmin Mansor said...

Filem Sang Murabbi ada di youtube. Sangat terkesan dan berisi utk para da'ie..Baru-baru ni saya mendaki Sinai...2280 meter, sangat letih!

2:30 AM  
Blogger Far Azmi said...

Pernah menonton Gie.. cukup memberi inspirasi.cuma belum berpeluang menelaah catatan So Hok Gie.

Seorang lagi pemikir indonesia yang mati muda, Abdul Wahib.. kedua-dua punya persamaan..pemikir yang sentiasa diulit gelisah , pencari kebenaran sejati.. tidak puas dengan pandangan dari satu perspektif saja

5:01 AM  

Post a Comment

<< Home