Sunday, February 14, 2010

Catatan Eceran: Tahanan


Kata Dr. Burhanuddin Al-Helmy, “Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa yang merdeka.” Lalu merdeka jadi perkataan yang berhantu buat masa itu – pengucapan tak semudah pelaksanaan. Merdeka hari ini disebut-sebut tapi tak punya roh. Saya berdiri dengan insaf - definisi merdeka saya pasti bezanya umpama langit dan bumi dengan puluhan tahanan imigresen yang menanti untuk dirawat. Sesetengahnya tak punya apa-apa kesalahan kecuali datang secara tidak sah. Pernah suatu ketika, dunia tidak punya sempadan politik. Yang mewujudkan sempadan ialah manusia. Yang menentukan siapa salah dan siapa betul juga manusia. Di sebalik wajah jernih seorang tahanan yang saya kira menjangkaui 50 tahun, siapa salah siapa betul barangkali tak bererti apa-apa. Barangkali roboh dan merdeka dua kata yang akrab untuk beliau. Semoga suatu ketika nanti, mudah-mudahan beliau dan semua yang layak bersetuju merdeka itu konotasinya positif.

4 Comments:

Blogger a kl citizen said...

assalammualaikum

benar sekali
kita masih impikan dunia tanpa sempadan yang berpijak di bumi nyata ini
semoga ia menjadi realiti

12:52 AM  
Blogger NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda,

Semoga pengajian anaknda sukses.

Pembangunan bangsa kita pun dah roboh,sama seperti robohnya kota Melaka.

wassalam.

1:43 PM  
Anonymous nurlie said...

salam...

ketika ini tergerak untuk melihat blog hafeziftiqar, akhirnya kembali bernafas ya...? =)

saya tertunggu posting darinya tuan.. semenjak May 2009..

semoga terus istiqamah...

12:09 AM  
Blogger Hafez Iftiqar said...

a kl citizen: semoga bumi yang nyata itu adil untuk semua khalayaknya, mudah2an insyaAllah...

bapak. terima kasih atas doa... InsyaAllah mudah-mudahan semua sukses jugak utk bapak. wassalam

nurlie, terima kasih... insyaAllah akan lebih rajin dan istiqamah =)

5:19 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home