Naratif Sesal
Naratif Sesal
Kewajaran yang mewajarkan juga wajar yang berjajar,
sama tekal, tapi terjal menjejali daerah rasa,
kudeta dalam wilayah fikir, tamtama sedar berkuasa,
tidak andar di situ, tanpa jera: Jusa bersuara,
“Berlari kau rasa membawa jaksa mendakwa jiwa!”
Jiwa yang lara, pidana dalam sketsa tipu daya,
tunduk ia, warawiri dalam kandang sesal,
lalu bersetia: Hidup mati untuk Dia, hanya Dia...
dari lubuk setia, berjejal busa amal,
pecah pada tubir tindak, hilang pada keluk mata,
kerana fitrah amal begitu: Mendamba redha Dia,
niat satu- dapat satu, buat satu- dapat sepuluh,
tugal terus-terusan, tanam yakin dan iman,
catat terus-terusan, bayar tunda kemudian,
Benar-benar akan bayar nanti, bayar di sana...
Hafez Iftiqar
5 Mei 2005, 9.12 pm,
Melbourne.