Naratif Sesal
Naratif Sesal
Kewajaran yang mewajarkan juga wajar yang berjajar,
sama tekal, tapi terjal menjejali daerah rasa,
kudeta dalam wilayah fikir, tamtama sedar berkuasa,
tidak andar di situ, tanpa jera: Jusa bersuara,
“Berlari kau rasa membawa jaksa mendakwa jiwa!”
Jiwa yang lara, pidana dalam sketsa tipu daya,
tunduk ia, warawiri dalam kandang sesal,
lalu bersetia: Hidup mati untuk Dia, hanya Dia...
dari lubuk setia, berjejal busa amal,
pecah pada tubir tindak, hilang pada keluk mata,
kerana fitrah amal begitu: Mendamba redha Dia,
niat satu- dapat satu, buat satu- dapat sepuluh,
tugal terus-terusan, tanam yakin dan iman,
catat terus-terusan, bayar tunda kemudian,
Benar-benar akan bayar nanti, bayar di sana...
Hafez Iftiqar
5 Mei 2005, 9.12 pm,
Melbourne.

1 Comments:
Ini lebih sukar untuk faham kerana saya menggunakan kosa kata yang jarang-jarang didengar untuk mengharmonikan bunyi. Jadi saya letakkan glosari supaya mudah faham, moga beroleh ikhtibar.Kalau tak faham juga, nnt saya buat sedikit ulasan, kalau faham tak mengapa=).
GLOSARI
1.berjajar: berbaris, beratur, berderet-deret.
2.tekal: konsisten, selaras sepanjang masa.
3.terjal: tidak berapa tetap kedudukan.
4.menjejali:memenuhi.
5.kudeta: rampasan kuasa
6.tamtama: perajurit,askar.
7.andar: mati.
8.jera: serik
9.jusa: sebenarnya akronim kepada Jawatan Utama Sektor Awam.
10.jaksa: pendakwa raya
11.pidana: kejahatan, kesalahan jenayah (baca:penjenayah)
12.warawiri: mundar-mandir
13.berjejal:penuh sesak, banyak.
14.busa: buih.
15.tubir: tebing.
16.keluk: lengkungan, melengkung.
17.mendamba: terlalu ingin.
18.tugal: kayu panjang guna untuk melubangi tanah bagi memasukkan benih padi dsb.(baca: menugal, membuat lubang pada tanah)
Post a Comment
<< Home