Oligohydramnios, Musa dan Khaidir
Kita menelan air kencing kita sewaktu dalam kandungan ibu. Selepas kita telan, kita kencing semula dan telan semula. Ya, kita... Manusia yang hina. Dan kalau kita tak bisa kencing dan menelan air kencing kita, ertinya kita tidak normal. Bila sudah tidak normal, pengamal perubatan melabelkan perihal tidak normal itu dengan nama tertentu. Oligohydramnios – perihal tidak cukup bendalir amnion - cecair yang mengelilingi kita sewaktu kita dalam kandungan ibu. Cecair itu adalah kencing kita yang kita kencing dan telan berkali-kali. Dan kalau kamu tidak menelan air kencing kamu, oligohyramnios akan berlaku. Barangkali kamu mempunyai dysplastic kidneys atau mungkin obstructive uropathy, iaitu kamu tidak bisa kencing. Kerana kamu tak bisa kencing dan menelan air kencing kamu, kamu adalah tidak normal, barangkali kalau kamu sedang membaca tulisan saya ini, kamu patut bersyukur kerana kamu tak sampai maut dek Potter’s syndrome – akibat tidak kencing dan menelan air kencing sendiri.
Pokoknya, lihat segala yang terjadi dengan penuh rasa kehambaan. Setiap yang Allah ciptakan barangkali buruk di mata kita, tetapi Maha Bijaksana Allah, setiap apa yang Dia tentukan pasti ada hikmah. Pernah kalian dengar kisah kembara Musa a.s dan Khaidir a.s? Ya begitulah... Allah tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.