Maaf dan Pembetulan
RALAT
Hadith : "Pasti akan ada golongan daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-ma‘azif (alat bunyi-bunyian)" (dari riwayat Al-Bukhari) adalah muallaq(tergantung sanadnya). Hadis ini tidak diterima oleh Ibn Hazm dan Dr alQardhawi (Fiqh alGhinaa' wal Musiqii) sebagai hujah kerana kecacatan dalam jalur periwayatannya iaitu terdapatnya perawi bernama Hisyam bin Amar, perawi Syria yang bermasalah. Pendapat Dr. alQardhawi dan Ibn Hazm ini tertolak menurut kebanyakan pendapat ulama hadith. Hadith ini bermartabat SAHIH dan telah disahihkan oleh ramai ulama hadith seperti Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari dan Syeikh Al-Albani dalam Al-Shahih kerana terdapatnya jalur periwayat yang lain yang menyokong hadith ini. Al-Albani mengatakan ini hadith maushul, shahih al-isnad dan tidak seperti yang didakwakan oleh Ibnu Hazm. Ulama seperti Imam Ibnu Al-Qayyim, al-Hafiz dan lain-lain telahpun menolak pendapat yang melemahkan hadith ini. Wallahualam.
Berikut adalah link email sahabat saya kepada saya: Email. Saya lanjutkan lagi diskusi mengenai muzik menerusi link ini: Permasalahan Mengenai Muzik dan Hukum Mendengar Muzik serta Nyanyian (Mutlak atau Bersebab). Tulisan tersebut juga telah ditulis oleh seorang sahabat saya. Akhir kata, nasihat sahabat saya ini yang diambil daripada gurunya Syaikh Abu Eid, adalah sangat baik buat renungan: " Hendaklah kamu berligar di sekeliling dalil bukan di sekeliling orang."
Maaf atas kesilapan yang berlaku akibat daripada sikap lewah saya tidak menyemak martabat hadith di bawah dengan teliti. Wallahualam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home