Thursday, October 16, 2008

Sebuah Konstantinopel

haghia sofea - Photo Hosted at Buzznet


Waktu itu tentera Islam hampir pasti tidak mampu menembusi Konstantinopel. Kekalahan harus diterima dan dibawa pulang untuk dikongsi seantero Khilafah Bani Umayyah. Tetapi Abu Ayyub Al-Ansari tidak mahu pulang, dia harus mati di kaki Konstantinopel. Dia menembus masuk bersama segerombolan tentera dan kematian sedia menanti dia di kaki Konstantinopel. Abu Ayyub tertanam lama di situ sebelum Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Konstantinopel, pun dengan susah payah. Hampir 809 tahun Abu Ayyub terkubur di kaki Konstantinopel sebelum bertemu dengan panglima perang terbaik dan tentera terbaik yang dikhabarkan Rasulullah. Lalu kita belajar apa dari Abu Ayub Al-Ansari dan Muhammad Al-Fateh?

Untuk sebuah Konstantinopel - di sana perlu ada keyakinan yang tak terpadamkan, keazaman yang tak terpudarkan dan tawakal yang tak terhentikan! Selamat menempuh peperiksaan buat semua.

Friday, October 10, 2008

Kapitalisme


capitalism - Photo Hosted at Buzznet

Ini masa untuk bangun dan menyinar! Kata khatib yang khutbahnya tadi berkisar tentang kapitalisme yang semakin roboh. Kapitalisme adalah ketamakan yang bikin pengemis harus lebih gigih mengemis. Aqidah kapitalisme adalah riba. Teori kapitalisme berkisar tentang ini – jika anda miskin dan susah, anda lebih utama untuk ditindas. Perekonomian Islam dilihat sebagai penyelesaian sempurna untuk kapitalisme yang sakit. Dan kita bertanya, bukankah sejak 1400 tahun yang lalu Allah pernah menegaskan – Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri (di akhirat) melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan yang menyebabkan mereka menjadi gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (Al-Baqarah, 275)?

Saat melihat Wall Street merudum teruk dan pemain-pemain utamanya tak mampu berdiri betul, kita barangkali semakin yakin, amaran daripada Tuhan sejak 1400 tahun yang lalu itu benar!