Saturday, September 15, 2007

Ayam Bogel

Photo Hosted at Buzznet


SATU
Isteri : Semua barang mahal… Ayam bogel pun naik harga.
Dia : Senyap, jangan banyak complaint, sekurang-kurangnya kita masih boleh tidur.
Dia tertidur lalu keretanya terbabas. Hari itu, kereta berpendaftaran AISYALAM 2003 remuk membunuh dia, isterinya dan rakyatnya (baca: anak-anak) yang tak pernah mahu peduli tentang pemanduannya. Mereka tidur buat selama-lamanya di sisi berpuluh ekor ayam bogel yang sedia mati.
DUA
Dia adalah rakyat negara itu. Di negara itu, kebanyakan anggota polis adalah budak-budak samseng yang hobinya memukul dan menembak orang. Ada juga beberapa orang penggemar hobi ekstrem seperti mengebom orang. Kejayaan mengebom gadis Mongolia sehingga hancur adalah kejayaan yang cukup membanggakan. Antara pencapaian lain adalah kejayaan menembak demonstran dan memukul pengadil negara jiran. Tahniah!

Kalaulah dia penjual ayam bogel, selain memberi diskaun bagi setiap ekor ayam yang dibeli, dia akan turut merayu mereka menurunkan tanda tangan di perutnya sebagai tanda berbangga dengan kejayaan mereka.
TIGA

Teman-teman Indonesia saya benci dipanggil 'Indon'. Mohon hormati permintaan mereka. Saya berpendapat, kita patut berterima kasih kepada warga Indonesia kerana tanpa mereka kita tidak mungkin berada pada tahap hari ini. Sila jadi jiran yang baik.
*Sebenarnya saya geram dengan apa yg jadi di Malaysia. Saya terpaksa mintak maaf dengan teman-teman baik saya dari Indonesia atas kerenah pemerintah dan polis negara. Sentimen anti-Malaysia agak kuat dimainkan oleh media Indonesia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home