Panggil Saya Fatimah
Kathreen, itu nama yang tercatat atas papan putih di kepala katil Frankston Hospital coronary care unit. Dia bersedih kerana dadanya semalaman sakit betul. Xanthelasma atau pemendapan lemak yang kekuningan di sisi mata tampak jelas. Diabetes, darah tinggi, perokok dan sejarah keluarga menambahkan risiko serangan jantung. Dia gembira betul apabila ditanya tentang social history. "Alhamdulillah, I’m a Muslim!" Dia tersenyum. Baru seminggu, hasil penyelidikan di internet selama setahun. Sejak dari kecil, katanya, dia takut melihat gambar Jesus yang tergantung di dinding. Dia mahu berpuasa, mahu pakai hijab dan mahu bersolat. Keluarga menentang keputusannya menjadi Islam. Dia menggunakan nama Kathreen untuk urusan rasmi. Tak perlu tukar nama, kata saya, asalkan nama itu baik. “Call me Fatimah,” katanya, bila kami masih memanggilnya Kathreen. Dan hari ini, Fatimah cuba untuk berpuasa buat pertama kali dalam hidupnya…
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1428 HIJRIAH
Semoga Allah menyelamatkan Indonesia dan Malaysia daripada bencana gempa dan tsunami...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home