Friday, August 17, 2007

Puisi Sains

Photo Hosted at Buzznet

Myeloid Leukemia Akut (Acute Myeloid Leukemia)
Puisi ini ditulis untuk komunitas sastera sains esastera.com.


Sumsum menjadi enggan tunduk pada aturan
dan seorang Adam umat darah,
yang diasuh sumsum yang enggan
mahu segera menjelmakan Qabil dan Habil,
beribu, berjuta; dan bukankah sejarah adalah roda?
lalu Qabil mengkhianati Habil
anarki dari hujung ke hujung.

Kusut tak akan mahu dibiarkan musuh
mereka adalah bakteria, virus dan kroni
yang ghairah mengintai peluang.

Habil tak mahu lagi belajar dari gagak
Qabil yang mati di mana-mana:
- kekurangan darah merah
- infeksi Gram negatif
- pendarahan
- darah beku tak bertempat
- tulang yang ngilu
- sistem saraf yang derita
- hati yang membengkak
- limpa yang membesar
- demam yang kerap
- penat yang menyekat
Habil lantas menjadi panasaran.
Ah! Ini adalah kiamat.
Nah, Habil! Di ubun-ubun,
berdiri seorang maut.

Hafeziftiqar, Frankston,
15 Ogos 07, 9.55 PM.

Rujukan: Oxford Handbook Of Clinical Medicine (6th edition)
Nota kaki: Seksanya nak terjemah ke Bahasa Melayu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home