Saturday, August 11, 2007

Gerabak Sejarah

Photo Hosted at Buzznet

Gerabak Sejarah

Darah datuk yang kering tercagar membeli merdeka
Juga himpunan tulang ayah yang membukit membangunkan nusa
Adalah derita yang tak dihargai anak-anak
Adalah bahagia yang tak disyukuri cucu
Adalah ketabahan yang tak disanjung cicit.

Anak, cucu, cicit itu si buta yang meraba dalam gelap gerabak sejarah
Yang tidak tahu lagi mencari letak rasionaliti
Dalam gerabak yang gelap itu
Mereka segera melupakan identiti sendiri.

Gelap itu tak langsung menghalang mereka
Melolong dan memekik dalam keramahan yang jelek
Berlumba menjadikan jasa datuk dan ayah
Takaran buat hedonisme.

Sejarah adalah gerabak,
Rodanya sering digugah masa,
Tuhan, kalau Kau hanya mahu mendengar satu rintihku
Gerabak itu Kau selamatkan segera,
Kerana ia melaju menghantar kami ke daerah syaitan.


Leeds-Frankston
11 Augustus 07,
9 P.M. (Melbourne).

*Sahabat, semoga perjalanan dipermudahkan Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home