Merdeka Adalah Nasi
Kemerdekaan adalah nasi
Dimakan jadi tahi
Wiji Thukul (1963 - hilang 1998)
Puisi "Kemerdekaan"
Agustus 1982.
Wiji Thukul (1963 - hilang 1998)
Puisi "Kemerdekaan"
Agustus 1982.
Wiji Thukul adalah susuk yang tidak letih mengkritik korupsi kerajaan. Kegigihannya sampai dia dihalalkan pemerintah buat dijadikan mangsa pembantaian di bawah Orde Baru, ya Orde Baru yang berdiri di atas jutaan nyawa rakyat. Rakyat-rakyat yang layak mati kerana menentang kediktatoran Suharto. Wiji Thukul itu bukanlah tokoh yang menentang dengan keganasan. Puisi adalah buluh runcing buat dia melawan ketidakadilan. Di bawah pemerintahan Suharto, ratusan oposisi yang enggan menjadi anjing hilang tanpa dapat dikesan. Kebanyakannya diculik dan kemudian dibunuh lalu dikuburkan entah di mana-mana. Di awal 80-an, dalam usaha Suharto menguatkan cengkaman kuku besi, kasus ‘petrus’ (penembak misterius) jadi berleluasa. Memaksakan rakyat menjadi pak turut adalah rukun iman buat seorang diktator. Tiga puluh tahun lamanya, akhirnya kerusi kekuasaan Suharto berantakan pada tahun 1998 ditabrak kebangkitan mahasiswa.
Suharto tidak sendirian dalam senarai pemimpin jahat Asia Tenggara. Marcos di Filipina tidak kurang jahatnya dibandingkan dengan Suharto. ‘Martial Law 1972’ adalah undang-undang neraka buat menghalalkan pembantaian golongan aktivis di Filipina. Ratusan orang diculik, diseksa dan dihantar ke alam barzakh. Kebangkitan mahasiswa berlaku lebih awal di Manila. Puluhan ribu mahasiswa bangkit membikin Marcos panasaran di awal 1970 dan sejak itu Marcos tidak pernah lagi lena di Istana Malacanang. ‘People Power Movement 1986’ telah menyaksikan Marcos diusir ke Hawaii dan akhirnya mati di sana.
Memaksa rakyat menjadi anjing adalah rukun iman seorang diktator. Rakyat dipaksa senyap, sesiapa yang enggan akan diugut dengan segala macam seksaan. Kebebasan bersuara adalah slogan di atas tisu tandas yang sekejap-sekejap digunakan buat mengesat punggung.
suara-suara itu tak bisa dipenjarakan
di sana bersemayam kemerdekaan
apabila engkau memaksa diam
aku siapkan untukmu: pemberontakan!
-Wiji Thukul-
di sana bersemayam kemerdekaan
apabila engkau memaksa diam
aku siapkan untukmu: pemberontakan!
-Wiji Thukul-
Di Malaysia, dua susuk yang dikenali hatta oleh penoreh getah di kampung-kampung ialah Mahathir dan Anwar Ibrahim. Mahathir, ketika masih seorang pelajar telah mula menyertai gerakan Anti-Malayan Union sekitar tahun 1945-1946. Dia malah menjadi penulis yang tekun menulis tentang Melayu di bawah nama samaran C.H.E Det buat dihantar ke Sunday Times. Malay Dilemma yang merupakan kompilasi pemikiran Mahathir adalah buku yang diharamkan di Malaysia untuk sekian lama.Lucu, AUKU itu digubal Mahathir selepas Anwar si aktivis pelajar dan rakan-rakan berkampung di Baling membela nasib petani-petani miskin. Mahathir waktu itu adalah ketam yang mengajar Anwar berjalan betul! Menurut dongeng, AUKU digubal supaya pelajar khusyuk belajar dan berjaya dengan cemerlangnya di alam universiti. Lalu apa buktinya? Pasca AUKU, cemerlangkah? Malah kedudukan UM jatuh dalam senarai universiti terbaik dunia. Mahasiswa sepatutnya kritis bukan penakut kerana mereka bakal menjadi raksasa di masa hadapan. Sekarang, mahasiswa bodoh isu semasa tetapi kreatif dalam soal remeh seperti berkasih-kasihan. Terima kasih kepada semua sarana yang telah memperbodohkan mahasiswa termasuk AUKU. Kini mengkritik untuk kebaikan kerajaan secara ilmiah dan sopan adalah dosa yang layak dihukum. Kebebasan bersuara, di banyak negara bukanlah termasuk dalam definisi merdeka sedangkan kritikan membina itu wajib buat sesiapa yang mahu maju. Lalu, apakah yang kita belajar daripada sejarah menuntut kemerdekaan? Satu hakikat tentang sejarah; manusia tidak pernah belajar daripada sejarah.
Kemerdekaan
mengajarkan aku berbahasa
membangun kata-kata
dan mengucapkan kepentingan
mengajarkan aku berbahasa
membangun kata-kata
dan mengucapkan kepentingan
kemerdekaan
mengajar aku menuntut
dan menulis surat selebaran
mengajar aku menuntut
dan menulis surat selebaran
kemerdekaanlah
yang membongkar kuburan ketakutan
dan menunjukkan jalan
yang membongkar kuburan ketakutan
dan menunjukkan jalan
kemerdekaan
adalah gerakan
yang tak terpatahkan
kemerdekaan
adalah gerakan
yang tak terpatahkan
kemerdekaan
selalu di garis depan
-Wiji Thukul-
Ah! Sekarang, di banyak negara yang mengaku merdeka, berleluasa pemimpin-pemimpin gila dengan Orde Baru!
sebelum malam mengucap selamat malam
sebelum tidur mengucapkan selamat datang
aku mengucap kepada hidup yang jelata
m e r d e k a !
-Wiji Thukul-
sebelum tidur mengucapkan selamat datang
aku mengucap kepada hidup yang jelata
m e r d e k a !
-Wiji Thukul-
Salam merdeka ke 50. Dan masihkah kita bernafas sebagai manusia merdeka di bumi tercinta? Kecintaan kita mewajibkan kita mempersoalkan apa saja yang bisa merosakkan agama, bangsa dan negara ini. Kenapa saya perlu menulis? Tulis Goenawan Mohamad; menulis berita yang benar adalah sebuah ikhtiar menjaga agar manusia tetap jadi manusia, bukan anjing. Saya akhiri catatan eceran ini dengan petikan puisi ‘Negeri Ini, Anak’ yang ditulis oleh Marsli NO.
Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.
-Marsli NO-
-Marsli NO-
Wallahualam, salam hormat daripada saya;
3.10 AM. 31 Agustus 2007,
Frankston, VIC, Australia.
3.10 AM. 31 Agustus 2007,
Frankston, VIC, Australia.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home