Ya Rahim, selamatkan Palestine...
Maafkanku Ramalllah
Si cilik itu tegar melontar benci
Batu dan iman menjadi satu
Katanya dia rindukan atar firdausi
Lantas dia mencari pada kematian
Tatkala aku mengatakan dia mati
Menyusup suara dari lembah Golan
Anak kecil itu sebetulnya pencari shahid!
Hidup memisahkan dia dan cintanya
Andai dia punya seribu nyawa
Seribu kali dia sanggup
Dalam lirih pedih
Tubuh cilik itu diarak takbir
Ramallah merayu lagi
Pernah rintihmu diabaikan?
Lalu seribu lagi anak kecil menyerbu
Berjejal di lorong syurga
Dan aku kaku
Malu.
Maafkan aku...
Bangsaku masih lena.

Eretz Yisrael
Si cilik mengucup Torah
Bersumpah dia atas nama Musa
Eretz Yisrael suatu penipuan!
Dinaungi Naturei Karta
Dia membakar maruah Yisrael
Menampal najis pada tembok apartheid
Berdoa di Wailing Wall
Demi sebuah Palestin Merdeka
Supaya dia
Layak digelar manusia.
Naratif Sesal
Kewajaran yang mewajarkan juga wajar yang berjajar,
sama tekal, tapi terjal menjejali daerah rasa,
kudeta dalam wilayah fikir, tamtama sedar berkuasa,
tidak andar di situ, tanpa jera: Jusa bersuara,
“Berlari kau rasa membawa jaksa mendakwa jiwa!”
Jiwa yang lara, pidana dalam sketsa tipu daya,
tunduk ia, warawiri dalam kandang sesal,
lalu bersetia: Hidup mati untuk Dia, hanya Dia...
dari lubuk setia, berjejal busa amal,
pecah pada tubir tindak, hilang pada keluk mata,
kerana fitrah amal begitu: Mendamba redha Dia,
niat satu- dapat satu, buat satu- dapat sepuluh,
tugal terus-terusan, tanam yakin dan iman,
catat terus-terusan, bayar tunda kemudian,
Benar-benar akan bayar nanti, bayar di sana...
Hipoksia Sendiri
Kata kita, hari yang datang
Tidak berhati perut
Menghadiahkan kita
Derita demi derita.
Provokasi ini buat kita melatah
Yang salah adalah mereka
Yang betul adalah kita
Khilaf kita dalam muhasabah
Mencari hamis pekung di dada.
Merekalah, bukan kita,
Sedang kitalah yang memintal serat
Menjerut kuduk sendiri...
Tatkala tampang biru dijarah hipoksia
Kata kita, biar dahulu
Izrail masih jauh.

Bidak Muslihat
Muram itu kerap mencalit sedar pada kanvas tawarikh
Luka itu kami biar jua sampai membening hamis
Nanah hanyir bikin kami warawiri dalam manggu
Inilah kami yang nanar lantas meraba dalam terang
Sekonyong-konyong bersiponggang kata dari langit
“Kamu yang teraba-raba itu sebenarnya ditipu!”
Dalam gawat kabut yang membebat seribu generasi
Kami selidiki bidak benci yang tegar mengeja muslihat
Kelicikan apa buat kami dungu seribu keturunan?
Sampai kami pandir mengakui singa itu kijang
Kami jilid lembar samawi yang bersepahan
Sumpah! Kami ini pernah buta!
Sumpah! Kami ini takkan selamanya buta!
Tidak mahu kami terkatung bagai biduk hilang kemudi
Atau pidana dalam wilayah sendiri
Lantas kami bakar dupa jahil dengan api sedar
Biar mewangi sampai kelahiran terakhir
Sampai bumi berantakan digoncang sangkakala
Kerana kami
Tidak rela menjadi bodoh.

Tidur
Samar kabut mengitari terpal insani
Teraba menghenyak pelataran pejal dosa
Sirna deria rohani
Sirna setia samawi
Rasa menjemput binasa
Nafsu menghangat murka
Lantas
Sedar itu bingkas makar
Derhaka usah dibiar melata
Lelah
Kecewa
Tuhan
Aku ini
Lebih sanggup
Menjadi tanah
Samar kabut mengitari terpal insani
Teraba menghenyak pelataran pejal dosa
Sirna deria rohani
Sirna setia samawi
Rasa menjemput binasa
Nafsu menghangat murka
Lantas
Sedar itu bingkas makar
Derhaka usah dibiar melata
Lelah
Kecewa
Tuhan
Aku ini
Lebih sanggup
Menjadi tanah
-hafeziftqar-
Australia
Menyumbang untuk saudara-saudara kita di Palestine menghadapi sekatan ekonomi si jahanam Israel dan Amerika :
RM 1 Setiap Bulan:
(1)Masukkan derma anda ke dalam akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12113010005797
(1)Masukkan derma anda ke dalam akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12113010005797
(2)Aman Palestin Berhad Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12029010047880 Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 562263010787 Pertanyaan : 03-89267019
1 Comments:
Assalamualaikum,
suka sgt dgn puisi2 n sajak cik hafez. banyak kosakata2 hebat. sgt menyentuh perasaan. bnyak jugak bait2 yg buat sye terkedu. tergeliat lidah nk menyebut. apapun, teruskan usaha. bngunkan ummah. saya doakan anda berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Post a Comment
<< Home