Wednesday, August 31, 2005

Bangsi Bangsa


Bangsi Bangsa
(Dengan Irama Bangsi Ini, Bangunlah!)

Merdeka itu kata yang lancung
memancung sedar memancutkan leka
lantas
dupa alpa menjejali kamar bangsa
terpisat sesat dalam tawarikh sendiri
teraba dia dalam luas sahara rasa
sedang rasa membawa binasa.

Rengsa pada rengkung nusa
prahara liar menabrak nuansa
terlestari daki seribu keturunan
lantas lekas bertukas fitnah
menang sorak kampong tergadai.

Inilah cucu cicit Laksamana Tuah
denyut nadinya menghambat hangat darah pahlawan
meraksa kata puaka pusara bangsa
‘Takkan Melayu hilang di dunia’
sedang diri mengemis maruah
bagai melukut di tepi gantang.

Bangun dari lena nenda!
Hari ini hari merdeka!
Terbang!

Hafeziftiqar
Clayton darul Rahmah.
(Maha Suci Tuhan Yang Mengurniakan Kita Dengan Nikmat Ini)

4 Comments:

Blogger hafez said...

Glosari:
1.lancung:curang
2.dupa:kemenyan,setangi etc yang bau wangi bila dibakar
3.tewrpisat:termangu-manggu (jadi bengong)
4.sahara: padang pasir Sahara
5.rengsa:sakit, rasa tak selesa
6.rengkung: kerongkong
7.prahara: ribut, badai, angin kuat
8.menabrak: langgar, hentam
9.nuansa:perbezaan yang sangat sedikit
10.lestari:terpelihara seperti asal
11.bertukas: berulang-ulang datang
12.raksa:merkuri, konteks ayat-seperti sifatnya merkuri.

12:49 AM  
Anonymous thor said...

ade lak mase ko nk berkarya.. huhu..

1:23 AM  
Blogger hafez said...

Sentiasa ada jer thor, jangan jadi seorg yang nerd, kerana nerd itu tak bagus untuk kesihatan....Datang jugak ker sini ek thor =)

6:28 AM  
Blogger budeen said...

alhamdulillah, bagus tul sajak ni, meski tak faham apa maksudnya tapi rasanya faham kut apa yang cuba dibawa, anyway selain menyedarkan tentang hakikat kemerdekaan yang kita sambut ni, sedar juga aku akan sedikitnyer pengetahuan tentang bahasa sendiri,,,,bahasa memainkan peranan penting dalam dakwah, dengan gaya bahasa yang menarik dan tersusun kita boleh menarik perhatian manusia mendengar dan membaca catatan kita, teruskan usaha murni ni,

9:45 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home