Tuesday, August 30, 2005

Sayembara Cereka Sains Karyanet (DBP)

Pagi ini saya menerima berita daripada pegawai DBP menerusi email bahawa karya saya 'Gengsi Tanih Hitam' mendapat tempat kedua Sayembara Cereka Sains Karyanet 2005. Karya ini agak futuristik, tetapi saya menggunakan isu Palestin dan sejarah Muhammad Al-Fateh sebagai 'frame' cerita. Alhamdulillah atas rezeki ini. Karya ini mengandungi unsur-unsur tidak logik. Kenderaan terbang TL 1 dan 2 membawa maksud 'Tidak Logik' 1 dan 2. Untuk tidak menyerabutkan ruangan ini, saya sediakan link di bahagian kanan blog (hafeziftiqar:sayembara) untuk ke ruangan karya-karya yang pernah dipertandingkan dalam sayembara atau pertandingan penulisan. Link (hafeziftiqar:sarwajagat) untuk ke ruangan fotografi. Akhir kalam, selamat membaca dan selamat berfikir. Semoga semua usaha kita di berkati oleh Allah kerana hanya pada Dia kita akan kembali. Wallahualam... -hafeziftiqar-

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tahniah!!..hehe..hadiah tu boleh la kongsi2 ye..

5:19 PM  
Blogger Hafez Iftiqar said...

boleh jer azmi, nanti balik malaysia kita pekena jus buah gelas besar kat KT.

6:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

tahniah atas kejayaan enta..karya yg menarik dan manatp!! teruskan menulis..

6:09 PM  
Blogger alJabal said...

tahniah. turut bergembira sama :). semuga bertambah penulis2 islamik

9:25 PM  
Blogger Hafez Iftiqar said...

Alhamdulillah ikhwati...terima kasih kembali =)

12:47 AM  

Post a Comment

<< Home