Wednesday, June 22, 2005

Eretz Yisrael



Eretz Yisrael

Si cilik mengucup Torah
Bersumpah dia atas nama Musa
Eretz Yisrael suatu penipuan!
Dinaungi Naturei Karta
Dia membakar maruah Yisrael
Menampal najis pada tembok apartheid
Berdoa di Wailing Wall
Demi sebuah Palestin Merdeka
Supaya dia
Layak digelar manusia.

Hafeziftiqar, Australia.

3 Comments:

Blogger hafez said...

Orang Yahudi pun ada yang sibuk menentang Penubuhan Israel, orang kita yang mengaku Islam sibuk dengan Akademi Fantasia. Paradoks!

8:42 PM  
Blogger hafez said...

Eretz Yisrael, dalam bahasa hebrew yg bermaksud negara israel. Sajak ini mengisahkan segolongan yahudi yg berpegang kuat dengan torah (taurat).Diorang punya pegangan ialah, negara Israel tak sepatutnya wujud, jadi diorg menentang penubuhan negara Israel, dan nak tanah yg dirampas dibagi semula kpd org2 palestin. Bait2 nih tentang itu:
Si cilik mengucup Torah
Bersumpah dia atas nama Musa
Eretz Yisrael suatu penipuan!
(Musa dalam baris 2 ialah Nabi Musa as)
Orang-orang Yahudi nih buat demonstrasi, kutuk rejim zionis, boycot barang2 israel sampai ada antara diorang yg lebih berani bertempur dengan tentera zionis.Budak dalam gambar nih dah kena pukul ngn polis zionis dalam satu demonstrasi.Bait2 yg nih pulak cerita tentang apa yang diorg buat:
Dinaungi Naturei Karta
Dia membakar maruah Yisrael
Menampal najis pada tembok apartheid
Berdoa di Wailing Wall
Demi sebuah Palestin Merdeka
Supaya dia
Layak digelar manusia.

Naturei Karta, pertubuhan jew tuh, link dier ada kat blog ana (Jews Against Israel), feel free to browse ya...semoga beroleh manfaat.

12:10 PM  
Anonymous ziggurat said...

hmm, dah tengok komen ni baru faham sajak tu...

11:33 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home