Dunia Enggan Berpuasa
I. Kelakar (Hahaha): Bush, kamu syaitan. Kamu patut kena rantai. Kamu hanya tahu membiakkan anak-anak syaitan... 'New World Order' kamu itu resepi syaitan, apa-apa resepi rahsia yang kamu ada itu resepi original dari neraka.
"As the spokesman of imperialism, he came to share his nostrums to try to preserve the current pattern of domination, exploitation and pillage of the peoples of the world. An Alfred Hitchcock movie could use it as a scenario. I would even propose a title: 'The Devil's Recipe.' " (Hugo Chavez)
II. Tak tahu ambil ikhtibar: Maaflah, tak bermaksud pun, ingat kamu semua tak makan hati. Kes Denmark tempoh hari awak semua senyum saja. Senyumlah, senyum kan sedekah.... Senyum ya...ya ya...
III. Padan muka: Ada kerja kosong? Tak cukup duit lagi nak isi minyak jet ni. Nasib baik aku jual saham syarikat telekomunikasi hari tu. Raja pun bersubahat dengan jeneral. Aku silap tunjuk pinggul pada raja masa hari keputeraan dia tempoh hari. Aku patut bagi hadiah telefon bimbit pada dia.
IV. Penyibuk: Aku ada mulut, aku cakaplah. Aku nak main jet dekat Johor kamu marah, aku nak main pasir pun kamu marah, aku nak main polis-polis pun kamu marah. Kamu tahu, datuk nenek aku dulu dulang timah dekat kawasan kamu. Kencing tinja aku pun masih berbau celah-celah semak Putrajaya... Aku punya fasal nak berlari-lari di kawasan kamu.
Dunia adalah sfera bulat renta yang sungguh mengujakan. Dunia enggan berpuasa. Kamu patut mengikut nasihat Rasulullah, apabila kamu berpuasa dan kamu disakiti, katakan pada dunia, kamu sedang berpuasa...
Dapatkan buku-buku terbitan eSastera: http://www.esastera.com/kedai/
0 Comments:
Post a Comment
<< Home