Thursday, December 01, 2005

Resah yang Bererti

Resah yang Bererti


Photo Hosted at Buzznet.com
Ratib sejuta makna
Berulang dari lekuk resah
Lagi dan lagi
Resah gelisah
Gundah
Yang pipih tak melayah
Yang bulat tak bergolek
Bertingkah jua
Resah gelisah
Gundah
Kudrat yang mengalir menghilir bererti
Resah yang terpisat adalah kudup gembira
Membujur lalu, melintang patah
Biar sendiri
Asal berdiri
Sendiri lagi
Asal bererti
Tuhan, beri kekuatan.
____________________________
Hanya padaMu ku adu kekurangan diri, segalanya bisa hilang, kecuali Engkau
Tuhan, aku lemah...

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home