Friday, October 28, 2005

Rintik Subuh Syawal

Photo Hosted at Buzznet.com


Rintik Subuh Syawal

Rintik takbir yang membebat buana
rupanya adalah titis keinsafan
dari mega yang membusung sedar
memberat dan memberat
berderai
lantas menyerbu
bersatu menghujani subuh syawal
sampai lumpur yang memalit usia
hanyut bersama deras keampunan
dan subuh itu
benar-benar
dingin dan damai
segar

Di sana
pada tanah yang berabad gersang
bercambah ketenangan
dari benih sabar
pucuknya kemenangan
akarnya
keazaman
___________
dan hening pagi itu, menghantarku ke halaman bonda
Maaf Zahir Batin dan Manfaatkan Ramadhan Yg Berbaki.

5 Comments:

Blogger saifulizwan said...

Selamat Hari Raya Hafez

3:23 AM  
Blogger saifulizwan said...

Selamat Hari Raya Hafez

-saiful izwan-

3:26 AM  
Blogger h a r i t h said...

selamat Hari Raya Hafez =)
minal aidi wal faizin..
salam ukhuwwah.. maaf zahir batin..
=)

12:08 AM  
Blogger alJabal said...

eid mubarak! :)

4:02 PM  
Blogger syauqah-el-wardah said...

eid mubarak ya akh fil Islam...

4:53 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home