Sunday, September 28, 2008

Eid ul-Fitr

DSC07147 - Photo Hosted at Buzznet



Mengingati Yunus a.s. adalah mengingati gelap perut Al-Noon, ikan besar yang menelan baginda. Yunus waktu itu tak punya siapa-siapa kecuali Tuhan. Bersedih dan sesal, Yunus berdoa – ‘Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.’ Ternyata kedukaan Yunus itu sebuah sesalan kesilapan-kesilapan lalu yang mampu menjemput belas Tuhan. Lalu di hujung bulan rahmat ini, barangkali kita seperti Yunus – mahu keluar dari kegelapan.

Maaf zahir batin. Semoga Allah menerima amal daripada kita semua – Taqabbal Allahu Minna wa Minkum...