Saturday, June 24, 2006

Abuya Kroni Tuhan

Rufaqa’: Abuya Kroni Tuhan

Abuya! Dia jagoan maksiat
Dia tali barut nombor satu

Tunggu dulu Izrail
Dia tali barut nombor satu
Kirim salam saja sama Tuhan

Terima kasih Abuya
Abuya kroni Tuhan!

Abuya! Dia jaguh lucah
Abuya, dia tali barut nombor satu
Ayuh hantar Abuya
Ke meja bulat para malaikat
Dan roh para anbiya’

Pesan sama Tuhan
Ini takdir tidak wajar
Lain tahun hantar semula

Terima kasih Abuya
Abuya kroni Tuhan
Kontraktor Tuhan
Penjual tiket syurga.

Uni of Newcastle, NSW
19.6.2006

Aqidah rufaqa: Abuya boleh runding tentang sakit, nazak dan kematian
Berikut ini adalah sarikata petikan video yang boleh didapati al-ahkam.net:

Baik ya.. Nak bagi ceritalah siapa mursyid sebenarnya dengan kita. Baiklah.. Katalah kita ni dah ditaqdirkan nak jatuh sakit, mula-mula yang dapat tahu, yang dibagitahu Abuya dulu. Kalau kita ni murid Abuya lah.

Abuya dulu yang dapat tahu yang kita bakal nak jadi sakitkan Tuhan. Abuya boleh tanya pulak tu, sakitnya macamana, berat tak berat? Sekian-sekian sakitnya. Lepas tu Abuya tengok pula kita punya iman. Huh! Dia ni iman dia ni boleh tahan. Sakit-sakit tara ni ni, dia boleh ni. Ok! sakitlah..

Kadang-kadang sakit tu berat sangat. Abuya tengok anak buah dia. Eh! Dia ni imannya belum sampai lagi ni. Kalau dia kena sakit ni mau dia melatah. Mau dia buruk sangka dengan Tuhan. Tak apa ya Allah, bagi dia setengah saja sakit tu. Habis setengah lagi? Setengah lagi bagi kat saya. Diambil sakit kita setengah tu. Supaya kita. Supaya jangan sampai kita jangan rosak iman.
Itu sakit.

Sampai masa nak mati. Ajal. Abuya juga tau dulu. Orang ni akan ajal sekian-sekian masa. Abuya akan tanya. Abuya akan.. Ni dulu.. Kita ni mati, akan mati baik kah akan mati jahat. Kata mati baik. Dalam keadaan baik. Husnul khatimah. Maka Abuya kata, tak apalah sila ambil anak buah aku tu.

Tapi kalau Abuya rasa kita belum selamat lagi, masih banyak iman lemah, Abuya mintak tangguh. Ya Allah tangguhkanlah dia ni. Habis macamana? Ganti siapa? Gantilah sapa-sapa, anak buah lain ka yang mana yang dah siap. Yang dah taqwa. Ataupun dengan anak-anak dia yang bertaqwa. Atau dengan isteri dia yang bertaqwa... ganti dia ni, bagi masa dia nak perbaiki diri. Ustaz Nizam tu sepatutnya dah tak ada dah. Ustaz Nizam patut dah wafat dah. Abuya bertolak ansur dengan Tuhan. Ya Allah, bukan senang nak latih orang macam ni ni. Anak yang betul-betul..??? AMbiklah wahida. Wahida tu tak ada anak. Lagipun dia bertaqwa. Orang rohani. Lagipun kalau dia mati, dia ada peranan di alam Roh. Ganti Wahida. Ganti Ustaz Nizam.
Ha benda-benda macam tu berlaku. Jadi macam tu berlaku. Kita tak perasan. Mati kitapun ditangguh. Mati kita boleh ditangguhkan. Abuya boleh runding dengan Tuhan supaya mati kita tu selamat.

Oklah dah sampai masa nak mati. Ajal. Kita dah nak nazak. Sakaratul maut. Kalau kita betul-betul anak murid Abuya, masa sakaratul maut tu, Abuya duduk di sebelah kanan kepala kita, sepanjang masa, tak tinggal. Syetan iblis masa tulah nak goda kita. Last effort. Nak goda kita. Last kopek. Tapi tak berani dekat. Main jengok kot tingkap. Jengok kot pintu saja, tak berani masuk. Sebab apa? Abuya ada kat situ. Mati kita tak diganggu setan. Tak diganggu. Abuya yang talqinkan kita.

Sumber: www.al-ahkam.net (disalin drp. darulkauthar)

Friday, June 16, 2006

Moshiach Turun (Persetankan Tractate Kesubos)

Photo Hosted at Buzznet.com

Moshiach Turun
(Persetankan Tractate Kesubos)

Sewaktu Ha-Tikvah menujah awan
Rupanya gegak itu mengusir Torah
Bercempera menyusup ke denai Sinai
Mereka ini murtad atau apa?
Gila darah mungkin!
Lalu menjadi ateis
Persetankan tractate kesubos!

Fikrah Herzl dan Weizmann
Nanar lewat darah Dreyfus
Damai lewat tangan Balfour
Dan gembira lambai Ben-Gurion
Sejarah berantai Moshiach mungkin!
Moshiach turun!
Persetankan tractate kesubos!

-Hafeziftiqar-
17/6/2006


Maaf untuk puisi yang sangat berat. Baca glosari dan komentar saya di bawah. Moga kalian mendapat sedikit gambaran tentang sejarah Israel dan betapa tidak wajarnya penubuhan Israel itu.

Glosari dan komentar:

(1) Talmud dalam Tractate Kesubos menekankan bahawa Yahudi tidak boleh menggunakan usaha manusia biasa untuk mewujudkan negara Yahudi sebelum turunnya Moshiach (Messiah).
(2) Talmud: Kitab yang menghuraikan mengenai Judaism termasuk ajaran Torah.
(3) Moshiach Ben David (merujuk kepada Moshiach anak/keturunan kepada Daud)[Jeremiah. 23:5] yang akan turun ‘memimpin Yahudi.’ Moshiach selalu disalah erti dengan Messiah. Moshiach bukan merujuk kepada ‘Messiah’ yang disalib untuk menghapuskan dosa warisan menurut kepercayaan Kristian.
(4) Ha-Tikvah: Lagu kebangsaan Israel.
(5) Bukit Sinai: Tempat Musa a.s. menerima kitab Torah (Taurat) yang asli.
(6) Theodor Herzl dan Chaim Weizmann telah mengasaskan gerakan Zionis yang mempunyai matlamat mewujudkan negara Yahudi, Israel. Herzl yang merupakan pencetus kepada idea ini sendiri merupakan seorang jurnalis sekular.
(7) Alfred Dreyfus: Kapten Tentera Perancis berbangsa Yahudi yang dihukum tanpa bukti kerana dituduh menyampaikan maklumat rahsia kepada pihak Jerman. Pembunuhan Dreyfus menyebabkan Herzl muncul dengan idea negara Israel berikutan terletusnya semangat anti-semitism ketika itu.
(8) Perjanjian Balfour 1917 oleh Setiausaha Luar British, Arthur James Balfour yang mengiktiraf dan menyokong rancangan penubuhan Israel di Palestin.
(9) David Ben Gurion, Perdana Menteri pertama Israel yang memimpin Parti Mapai.

Wednesday, June 14, 2006

Yahweh Di Mana?

Photo Hosted at Buzznet.com


Yahweh Di Mana?
Yahweh! Yahweh! Engkau di mana?
Rayu yang sangsi
Menyelirat ke bata Sinagog
Gentar yang lama bersembunyi
Diselimuti ego dan derhaka
Berlari-lari menggoncang kukuh bata.

Bata, apakah kalian sama bersubahat
Dengan kelikir intifada
Yang entah ke berapa juta?

Yahweh! Yahweh! Engkau penipu
Menyungkurkan kami penjaga mitzvah
Di kaki-kaki goyim
Dengan kasar tangan shkutz
Dan lembut tangis shiksa.

-hafeziftiqar-

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum kaum muslimin memerangi orang-orang Yahudi, lalu kaum muslimin dapat mengalahkan mereka, sampai-sampai seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon lalu batu dan pohon itu berseru: Hai orang muslim, hai hamba Allah, ini seorang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia! Kecuali pohon gharqad, kerana pohon itu adalah pohon orang Yahudi (Muslim, 5203)

Sastera membantu Palestin: Perancangan untuk membuat antologi cerpen dan puisi Palestin. Segala keuntungan daripada cerpen ini akan disalurkan kepada tabung Palestin. Setakat ini sudah ada beberapa penulis muda yang ingin menyumbang karya mereka tetapi masih memerlukan banyak lagi karya untuk dimuatkan dalam antologi ini. Setiap karya yang dihantar akan dinilai terlebih dahulu oleh panel penilai. Antologi ini akan diterbitkan bawah Jemaah Islah Malaysia(JIM). Karya yang ingin dimuatkan dalam antologi ini hendaklah mempunyai mesej-mesej keamanan dan diberi keutaman supaya mesejnya berkaitan dengan Palestin.

Jika berminat boleh hubungi sahabat saya, Sdr Noor Azree atau saya untuk keterangan lanjut. Mari bersama-sama membantu saudara kita yang tertindas...

Azree: nafa87@gmail.com

Hafeziftiqar: hafeziftiqar@yahoo.com

Glosari:

1. Yahweh: God (Hebrew)

2. Sinagog: Tample (Jew)

3. Mitzvah: Commandments (Hebrew)

4. Shkutz: masculine for non jewish(Hebrew)

5. Shiksa: feminine for non jewish(Hebrew)

6. Goyim: non-jewish (Hebrew)

Pluralisme

Photo Hosted at Buzznet.com


Pluralisme: Kebangkitan Golongan Bebal

Tuhan aku satu
Kamu?
Aku ada dua
Kamu?
Aku ada tiga
Kamu?
Aku ada ribu-ribu

Senyum sama-sama.

Ya, kita perlu perjuangkan
Satu, dua, tiga atau ribu-ribu
Matlamat kita sama
Syurga!

Ayuh, kita namakan
Kesedaran ini
Kebangkitan
Golongan-golongan bebal.

-hafeziftiqar-
anti-pluralisme 2006


Datuk Seri Harussani Zakaria (mufti Perak): Bibit-bibit fahaman pluralisme iaitu melihat semua agama adalah sama kini mula menular di kalangan golongan terpelajar di negara ini.

Budak Penunggu Piramid

Photo Hosted at Buzznet.com

Budak Penunggu Piramid

Masih ada peluang kedua?
Kalau ada, esok aku mahu bangkit
Persis Tutankhamen yang terjaga
Dari abad-abad beku
Pasca durhaka pada Musa
Kerana taat pada lakon layar
Arahan direktor Hollywood.

Lupa Tutankhamen
Mengulangi taubat di bibir laut
Sebelum disuruh mati
Oleh tuan direktor.

Sungguh. Aku enggan
Jadi seperti dia. Sumpah.

-hafeziftiqar-
pasca pemulihan 2006.

Dr Ir Wan Abu Bakar: Anologi yg menarik digunakan dalam sajak yg diungkapkan dengan baik dan berkesan sekali. Dan judulnya sungguh "captivating". syabas, hafez. (Semoga berjaya cemerlang dalam peperiksaan).

Friday, June 09, 2006

Mihbarah wa maqbarah

Photo Hosted at Buzznet.com

Sunday, June 04, 2006

Ya Rahim, selamatkan Palestine...

Photo Hosted at Buzznet.com


Photo Hosted at Buzznet.com

Maafkanku Ramalllah

Si cilik itu tegar melontar benci
Batu dan iman menjadi satu
Katanya dia rindukan atar firdausi
Lantas dia mencari pada kematian
Tatkala aku mengatakan dia mati
Menyusup suara dari lembah Golan
Anak kecil itu sebetulnya pencari shahid!
Hidup memisahkan dia dan cintanya
Andai dia punya seribu nyawa
Seribu kali dia sanggup
Dalam lirih pedih
Tubuh cilik itu diarak takbir
Ramallah merayu lagi
Pernah rintihmu diabaikan?
Lalu seribu lagi anak kecil menyerbu
Berjejal di lorong syurga
Dan aku kaku
Malu.

Maafkan aku...
Bangsaku masih lena.

Photo Hosted at Buzznet.com


Photo Hosted at Buzznet.com


Eretz Yisrael

Si cilik mengucup Torah
Bersumpah dia atas nama Musa
Eretz Yisrael suatu penipuan!
Dinaungi Naturei Karta
Dia membakar maruah Yisrael
Menampal najis pada tembok apartheid
Berdoa di Wailing Wall
Demi sebuah Palestin Merdeka
Supaya dia
Layak digelar manusia.


Photo Hosted at Buzznet.com


Naratif Sesal

Kewajaran yang mewajarkan juga wajar yang berjajar,
sama tekal, tapi terjal menjejali daerah rasa,
kudeta dalam wilayah fikir, tamtama sedar berkuasa,
tidak andar di situ, tanpa jera: Jusa bersuara,
“Berlari kau rasa membawa jaksa mendakwa jiwa!”
Jiwa yang lara, pidana dalam sketsa tipu daya,
tunduk ia, warawiri dalam kandang sesal,
lalu bersetia: Hidup mati untuk Dia, hanya Dia...
dari lubuk setia, berjejal busa amal,
pecah pada tubir tindak, hilang pada keluk mata,
kerana fitrah amal begitu: Mendamba redha Dia,
niat satu- dapat satu, buat satu- dapat sepuluh,
tugal terus-terusan, tanam yakin dan iman,
catat terus-terusan, bayar tunda kemudian,


Benar-benar akan bayar nanti, bayar di sana...


Photo Hosted at Buzznet.com

Bidak Muslihat

Muram itu kerap mencalit sedar pada kanvas tawarikh
Luka itu kami biar jua sampai membening hamis
Nanah hanyir bikin kami warawiri dalam manggu
Inilah kami yang nanar lantas meraba dalam terang
Sekonyong-konyong bersiponggang kata dari langit
“Kamu yang teraba-raba itu sebenarnya ditipu!”
Dalam gawat kabut yang membebat seribu generasi
Kami selidiki bidak benci yang tegar mengeja muslihat
Kelicikan apa buat kami dungu seribu keturunan?
Sampai kami pandir mengakui singa itu kijang
Kami jilid lembar samawi yang bersepahan
Sumpah! Kami ini pernah buta!
Sumpah! Kami ini takkan selamanya buta!
Tidak mahu kami terkatung bagai biduk hilang kemudi
Atau pidana dalam wilayah sendiri
Lantas kami bakar dupa jahil dengan api sedar
Biar mewangi sampai kelahiran terakhir
Sampai bumi berantakan digoncang sangkakala
Kerana kami
Tidak rela menjadi bodoh.


Photo Hosted at Buzznet.com



Hipoksia Sendiri

Kata kita, hari yang datang
Tidak berhati perut
Menghadiahkan kita
Derita demi derita.

Provokasi ini buat kita melatah
Yang salah adalah mereka
Yang betul adalah kita
Khilaf kita dalam muhasabah
Mencari hamis pekung di dada.

Merekalah, bukan kita,
Sedang kitalah yang memintal serat
Menjerut kuduk sendiri...

Tatkala tampang biru dijarah hipoksia
Kata kita, biar dahulu
Izrail masih jauh.

Tidur

Samar kabut mengitari terpal insani
Teraba menghenyak pelataran pejal dosa
Sirna deria rohani
Sirna setia samawi
Rasa menjemput binasa
Nafsu menghangat murka
Lantas
Sedar itu bingkas makar
Derhaka usah dibiar melata
Lelah
Kecewa

Tuhan
Aku ini
Lebih sanggup
Menjadi tanah

Photo Hosted at Buzznet.com
______________________________________
-hafeziftqar-
Australia
Menyumbang untuk saudara-saudara kita di Palestine menghadapi sekatan ekonomi si jahanam Israel dan Amerika :
RM 1 Setiap Bulan:
(1)Masukkan derma anda ke dalam akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12113010005797
(2)Aman Palestin Berhad Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12029010047880 Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 562263010787 Pertanyaan : 03-89267019
  • Palestinkini