Friday, October 28, 2005

Rintik Subuh Syawal

Photo Hosted at Buzznet.com


Rintik Subuh Syawal

Rintik takbir yang membebat buana
rupanya adalah titis keinsafan
dari mega yang membusung sedar
memberat dan memberat
berderai
lantas menyerbu
bersatu menghujani subuh syawal
sampai lumpur yang memalit usia
hanyut bersama deras keampunan
dan subuh itu
benar-benar
dingin dan damai
segar

Di sana
pada tanah yang berabad gersang
bercambah ketenangan
dari benih sabar
pucuknya kemenangan
akarnya
keazaman
___________
dan hening pagi itu, menghantarku ke halaman bonda
Maaf Zahir Batin dan Manfaatkan Ramadhan Yg Berbaki.

Sunday, October 23, 2005

Suara

Suara

Photo Hosted at Buzznet.com

Sehasta ke sehasta
jumpa
cuma kematian
pada dingin yang menggigit
ada pesan dari Izrail
bata-bata
bertindih, bersesak
memasak, menyerak
berserpih nyawa
menjejali buana
rayu
Di bawah sana
ada zuriat kami!

Tuhan
Benarkah
Gempa ini
Untuk kami?
Pasrah

~Hafeziftiqar, Melbourne~
Dan aku hanya menulis, sebuah ceritera duka…
Sedang di sana, mereka mengharap ihsan kita. Tuhan, aku insan kerdil...

Aku Sendiri

Photo Hosted at Buzznet.com

Aku Sendiri
(Sedang Masa Berlari, Aku Manggu Sendiri)

Dari belukar usia
aku diheret waktu
meranduk, mengikut
semalu rasa
merempuh, menurut
sembilu nafsu
lantas
birat kecewa
luka derita
lebam sengsara
aku sendiri

Diheret lagi
ke muara usia.
Berhenti!
Tinggalkan aku!


masa yang pergi
pergi sendiri
sendiri aku
tegun
di tubir muara
menghitung busa.

~Hafeziftiqar, Melbourne~
Demi masa, sesungguhnya kita sentiasa merugi.

Sunday, October 16, 2005

Rindu Abdi

Photo Hosted at Buzznet.com
Rindu Abdi

Kirmizi langit mengukir pesan
Hantar
Semilir rindu
Zikir dalam syahdu
Sorak kemenangan
Antara
Kumam manis kurma
Janji manis Tuhan
Dua kegembiraan
Jadi satu
Rindu
Seorang abdi.
(Hafeziftiqar,12 Ramadhan 1426)

Maksud hadith: “ Sesungguhnya demi yang jiwa Muhaammad itu di tangan-Nya bahawa bauan mulut mereka yang berpuasa itu di hari akhirat lebih harum di sisi Allah dari wangian misik dan bagi mereka yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya..” (hadith sahih Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).

Friday, October 14, 2005

Tuhan, kasihanilah....

Photo Hosted at Buzznet.com





-Luahan Perasaan-
(Ya Allah, pimpinlah dengan kasihMu)
Tuhan
Jangan biarkan
Mereka sendiri
Kerana
Yang derita
Adalah aku
...

Saturday, October 08, 2005

Sijil Sakit

Photo Hosted at Buzznet.com


Doktor
Tuliskan aku
Sijil sakit
Agar aku
Bisa berehat
Dari maraton
Mengejar dunia
....

Thursday, October 06, 2005

Abang, kawan, teman dan sahabat



Photo Hosted at Buzznet.com





Andai seluruh dunia mengherdik membenci, cukup engkau sebagai pendamai
Andai engkau menyisih dan membenci, seluruh dunia pudar segar
Semoga kasih sayang kita diberkati Allah
----------------
Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi
Kisah manis
Agar terus bersemadi
Ingatlah aku sebagai rakan mu
Kenanglah aku dalam doamu
Begitu indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku
Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku dengan mu
Kerana ianya bakal berpadu


Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingati mu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah
Ku doakan, Ya Allah
Kepada mu, Ya Allah
Agar bahagia di dunia dan akhirat

(Edisi Musafir Di Bumi Australia)

Perantau, musafir perjuangan
tabahkanlah hatimu
berjuang di rantau orang
sedih pilu hanya engkau yang tahu
ingatan ayah dan ibu
janganlah menghiris hatimu
kerinduan desa nan permai
janganlah melemahkan semangat juangmu

Diwaktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
terus memburu menuntut janji
pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang, kembara perjuangan
ujian bukan satu penghalang
kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang di mana pun ada ketenangan
di mana pun ada kebahagian
bila insan kenal pada Tuhan
kasih sayang dan pembelaanNya
bagi insan yang menyerahkan
jiwa dan raga
ibu dan ayah kepada Allah...


Photo Hosted at Buzznet.com