Wednesday, September 28, 2005

Makhluk Terindah



Makhluk Terindah
(Pesan Buat Makhluk Terindah)


Dan sesiapa yang melihat dia akan mengakui, dialah makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Dialah makhluk itu, makhluk yang bernama wanita. Makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Lantaran keindahan yang teramat itu, maka perlu akan penjagaan, agar keindahan itu terpelihara menghiasi, mengharumi dan mewangi sepanjang zaman. Damai, tenteram, tenteram dan damai- sepanjang zaman. Atas ihsan Tuhan yang mengenali tiap makhluknya, maka Tuhan memperkenalkan peraturan tertentu agar makhluk terindah itu terpelihara, mendamaikan dan menenteramkan seisi alam. Kerana Tuhan itu yang mencipta, maka Tuhan sudah tentu mengetahui peraturan yang mampu menjaga makhluk terindah itu daripada kerosakan dan kehancuran.

TUHAN... AKU INI SEORANG PEMBERONTAK! SEORANG PEMBERONTAK!

Dan dia menjadi gila. Dia rela mencemarkan keindahan dirinya dengan melanggar aturan Tuhan. Bermula saat dia melanggar aturan Tuhan, dia bukan lagi dia yang mendamaikan, sebaliknya dia sudah menjadi dia yang menghairahkan. Dia bukan lagi dia yang menenteramkan, sebaliknya dia sudah penjadi pengacau yang jahat dalam minda sesiapa sahaja yang memandangnya. Dia sudah menjadi dia yang gila saat dia melanggar aturan Tuhan sedang aturan itu perlu untuk dia kekal damai dan tenteram. Saat dia mempamerkan rambutnya, saat dia menyelak kerudung yang melitupi dadanya, saat dia menyentengkan lengannya. Dia sudah menjadi hina. Sedangkan sebelum ini, dialah makhluk terindah yang mendamaikan dan menenteramkan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK! SEORANG PENAGIH CINTA! CINTA!

Dan saat hormon berahi menguasai tiap penjuru jiwanya, dia terkulai tidak bermaya. Dia perlukan cinta. Dia rela menjadi pelacur asalkan bayarannya adalah cinta. Lantas dibiarkan tiap inci tubuhnya dijarahi, direlakan suaranya memujuk dan merayu, dihias tubuhnya secantik termampu, diukirnya senyum termanis, dibiarkan tubuhnya dirangkul, asalkan bayarannya nanti adalah cinta. Dia sudah menjadi pelacur demi cinta. Andailah dia mampu bersabar, dia akan kekal mulia sebagai makhluk terindah yang menenteramkan dan mendamaikan. Dia sudah tidak mampu berfikir, dia ketagihkan cinta. Dia melacur demi cinta. Dia sudah menjadi pelacur sedangkan sebelum ini dia adalah makhluk terindah yang mulus, suci, tenteram dan mendamaikan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK.... TUHAN....AKU INI PEMBERONTAK....

Dan malam yang dingin itu, butir-butir mutiara berguguran jatuh ke ribanya. Sedu dan sedan. Pilu. Sedih dan rintih. Damai dan tenteram. Pulang ke pangkal jalan. Kembali.

“Tuhanku, aku ini pemberontak, pelanggar hukumMu yang setia. Aku ingin kembali. Ingin pulang. Ingin membersihkan diri dari noda-noda hitam.” Air mata berguguran.

“Tuhan aku ini pendosa, bernilaikah taubatku di sisiMu, Tuhan?” Air mata berderaian.

Taubat setulus itu, masakan Tuhan tidak menerima. Dan malam yang dingin itu, diresapi dengan damai fimanNya, mereka yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, sesungguhnya TuhanMu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raf, 153)

Dan dia, lena dalam kerudung putihnya. Damai. Tenteram.

Allah Ya Rabbi



Posted by: hafeziftiqar.
Allah Ya Rabbi

Allah Ya Rabbi
Aku ini hamba hina dengan sejuta palitan dosa
Wujud dari air hina atas ihsan Engkau
Aku cuba menghayati agamaMu
Dengan akal singkat kurniaanMu
Teraba aku dalam sinar
Yang kadang terang
Kadang kelam
Butir jernih air mata
Belum tentu berzikir dalam redha Engkau
Dan Rabbi
Aku ingin kembali
Pada Quran dan sunnah
Semulus fahaman
Rasulullah dan sahabat...

Rabbi
Andai kau menginginkan aku sesat
Tiada siapa yang mampu menolongku
Tiada siapa...
Kasihanilah aku ini
Aku ini hamba hina
Padamu aku mengadu
Padamu aku kembali.

Sunday, September 25, 2005

chatterbox

Mengalami masalah untuk post ke chatterbox, jadi saya jawab sapaan teman2 di sini buat sementara waktu. Saya merasa bersalah jika tidak menjawab sapaan teman-teman.

adra; insyaallah jika saya pulang ke malaysia dan ada peluang untuk berjumpa dengan adik2 di mrsm saya akan maklumkan nanti, boleh tinggalkan email kepada saya di hafeziftiqar@yahoo.com

al_jantanie; terima kasih atas kunjungan, semoga terus menulis dan berfikir, kerana seorang penulis itu pemikir (seperti yang saudara tulis di profil). Orang yang tidak mahu berfikir akan hanya menjadi pak turut, maka berfikirlah dengan menggunakan neraca Quran dan hadis menurut cara yang dipelopori oleh salafussoleh.wallahualam. =)

syarik;seorang dai itu tidak pada pengakuan.Orang yang meninggalkan usaha mengajak manusia kepada kebaikan dan melarang kemungkaran adalah orang yang merugi. Apa lagi yg lebih baik daripada perkataan yang mengajak kembali kepada Quran dan sunnah, meninggalkan kemungkaran dan bidaah dalam agama. wallahualam.

anonymous; saya telah hilangkan bunyi latar kerana dari dulu lagi saya rasakan mengganggu tumpuan ketika membaca. terima kasih atas teguran. wallahualam. =)

alhamdulillah, boleh juga jawab soalan teman-teman. Harap semua dalam pemeliharaan Allah. =) wallahualam.